Saya nak kongsikan beberapa ejaan dan perkataan yang sering mengelirukan rakyat Malaysia apabila menggunakannya.
1. Penghawa dingin X Pendingin hawa?
Istilah yang betul adalah Pendingin hawa. Tetapi lebih tepat kalau kita gunakan penyaman udara kerana pendingin hawa adalah istilah lama yang kurang sesuai untuk digunakan pada masa sekarang.
2. Galakan atau Galakkan?
Ejaan yang tepat adalah galakan. Ingat, 1 k sahaja. Melainkan kalau nak eja menggalakkan. Itu baru 2 k.
3. Sama ada atau samada?
Sama ada sebenarnya ejaan yang tepat. Cuba kalau kita sebut, ada ke orang yang sebut samada?
4. Menyasarkan atau mensasarkan?
Ingat, menyasarkan adalah perkataan yang betul. Bukan mensasarkan ya. Selalu sangat orang salah guna perkataan ini.
5. Negara atau negara?
Ok untuk yang ini, selalu dalam penulisan saya jumpa perkataan negara tu huruf N ditulis dengan huruf besar. Salah ya tuan/puan, sebab negara tu bukan kata nama khas. Contoh penggunaan yang betul: Bagi tahun 2016, negara Malaysia mencatatkan populasi pelancong paling ramai dikunjungi.
6.Dari atau daripada?
Tahu tak, perkataan dari hanya boleh digunakan untuk 3 perkara iaitu Arah, Masa dan Tempat. (ATM). Selain itu, mohon gunakan daripada ok? Ada yang tanya, dari segi, atau daripada segi? Ok meh saya terangkan, untuk segi,sudut, perspektif dan peringkat, kita memang akan gunakan dari . Sebab, kesemua yang dinyatakan tadi termasuk dalam kategori arah dan masa. Manakala untuk perkataan daripada, ia lebih sesuai digunakan untuk unsur perbandingan, asal usul, menyatakan punca bagi manusia, haiwan dan lain-lain yang berkaitan.
Formulanya senang, untuk ATM, dan peringkat, sudut segala, gunakan DARI okayyyy!
7. Ianya
Nak bagi tahu juga, perkataan ianya makhruh kalau kita letakkan dalam penulisan. SALAH maknanya tu. ia dan nya, merujuk kepada kata ganti nama diri orang ketiga dan kedua-dua ayat ini tidak boleh digabungkan. TOLONG INGAT YA.