Kita tahu bahawa dalam berkoperasi memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di kalangan anggota bagi mencapai inspirasi bersama. Dalam menjayakan inspirasi tersebut, koperasi perlu adil terhadap semua anggota dalam menawarkan perkhidmatan, memberi kebajikan, penglibatan dalam program anjuran koperasi dan lain-lain lagi.
Namun, tahukah kita bahawa kemungkinan ada beberapa anggota koperasi yang tidak dapat menyertai kesemua program anjuran koperasi, tidak dapat menikmati perkhidmatan dan tidak menerima kebajikan oleh koperasi kerana dianggap mereka tidak begitu komited terhadap koperasi sedangkan mereka diabaikan dek kerana terpaksa menjalankan tugas tanpa dihargai.
Maka, adilkah koperasi dalam menjaga kebajikan setiap anggota jika terdapat segelintir anggota mereka tidak mampu menikmatinya?
Fikir-fikirkan bersama dan renungi bersama