Penyelidikan bukan sahaja mampu meningkatkan martabat sistem pendidikan malah turut menjadi aset penting dalam pendidikan negara, justeru, setiap organisasi khususnya organisasi yang memberikan latihan kepada peserta perlu menjalankan penyelidikan sekurang-kurangnya tiga (3) penyelidikan setahun agar latihan yang diberikan bersesuaian dengan kehendak semasa dan peserta .
Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang jitu merupakan salah satu faktor yang dapat memajukan ekonomi sesebuah koperasi tidak kira sama ada kajian sistematik mahupun intensif bagi mendapatkan hasil kajian untuk menggalakkan penambahbaikan pertumbuhan dan pembangunan sesebuah koperasi selaras dengan target kementerian yang ingin mencapai pendapatan koperasi melebihi RM50 bilion setahun .
Kepentingan R&D menjadi fokus utama dalam usaha mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah koperasi. Dalam kes ini, R&D dijangka memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ekonomi koperasi agar dapat mempercepatkan peningkatan pertumbuhan dan pembangunan koperasi di Malaysia.
kajian juga diperlukan untuk menyakinkan orang ramai tentang pentingnya dapatan baru terutama apabila wujudnya dapatan dahulu yang berkontroversi dan tidak tepat.
Analisis yang dilakukan juga perlu lebih jelas, terperinci dan tepat tentang sesuatu isu, komen, dapatan/rumusan baru serta cadangan-cadangan yang berkaitan perlu dilakukan berdasarkan kajian/penyelidikan
bersambung di post akan datang ...