Terdapat 3 perkara penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap manusia dalam menjalani kehidupan iaitu SABAR, SABAR dan SABAR.
Kita sentiasa didatangi dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam setiap masa tanpa diduga. Samada ianya cabaran/ujian yang kecil mahupun yang besar, kita tetap akan tempuhi.
Justeru, SABAR adalah salah satu kunci bagi jalan penyelesaian dalam mengharungi pelbagai onak dan duri dalam kehidupan seharian. Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif dan tetap tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran/ujian serta jadikannya sebagai kekuatan untuk bangun ke arah yang lebih baik.
Jom renungkan dan amalkan bersama.