Info Sihat
Apa Itu Kesihatan Mental (Mental Health)?
Kesihatan mental adalah keadaan diri seseorang yang merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Ia mempengaruhi bagaimana sesorang itu berfikir dan bertindak dalam kehidupan seharian. Kesihatan mental perlulah berada dalam keadaan baik bagi memberikan kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Masalah Kesihatan Mental bukanlah suatu yang baharu di Malaysia. Malah pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta dalam usaha membendung isu ini daripada semakin serius.
Antara masalah umum yang dihadapi oleh seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan, dan gangguan tidur.
Salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang daripada isu ini berterusan adalah dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bantuan sokongan sosial menerusi Talian HEAL (Help with Empathy and Love) di nombor 15555.
Berikut dikongsikan menerusi carian di Internet tips bagi mengelakkan daripada masalah kesihatan mental seseorang menjadi lebih serius,
1. Makan makanan berkhasiat;
2. Mengelakkan diri daripada mengambil minuman keras, dadah dan rokok;
3. Mengurus masa dengan baik;
4. Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, beriadah, berjalan dan bersukan;
5. Melakukan aktiviti yang diminati yang memberi manfaat;
6. Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan; dan
7. Berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai.
Like