Burnout adalah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Situasi ini terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan kerja dalam jangkamasa yang amat panjang.
Jika tekanan berterusan, individu itu akan mula hilang minat dan motivasi dan seterusnya menyebabkan produktiviti diri berkurangan dan meningkatkan perasaan diri yang tidak berdaya, tidak ada harapan dan rasa marah. Jika individu tersebut mempunyai rasa dan keadaan seperti itu setiap masa ini menunjukkan bahawa individu tersebut telah mengalami burnout.
CARA MENGATASI BURNOUT
Jika anda mengalami masalah burnout, anda perlu mengatasi masalah ini dengan segera. Antara kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi burnout :
1. Mulakan hari dengan senyuman
2. Mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang cukup
3. Merehatkan diri dan bercuti daripada kerja
4. Mencuba sesuatu atau aktiviti baru yang menyeronokkan
5. Belajar cara untuk mengurus tekanan dan mengurus masa dengan berkesan
