Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang.
Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.
1. Makan sikit tetapi lebih kerap - setiap 2-3 jam
2. Elakkan makanan yang memberi simptom gastrik (di bincangkan di bawah)
3. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan.
4. Jangan tinggal/skip waktu makan utama dan snek
5. Jika mahu makan protein, gabungkan dengan sedikit karbohidrat dan serat. Buat snek seperti wrap.
6. Jangan baring dalam 2 jam selepas makan.
7. Berhenti merokok.
8. Minum air yang cukup seharian ~ 2 liter
Antara makanan yang boleh membantu mengawal dan mengurangkan simptom gastritis.
1. Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
2. Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.
3. Sayuran hijau - kerana lebih beralkali.
4. Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuman Yakult . Kimchi pun
ada probiotic.
Di bawah pula adalah makanan yang akan menjadikan simptom lagi teruk, jika anda mempunyai gastritis yang kronik:
1) Alkohol
2) Kopi pekat
3) Buah berasidik seperti tomato atau lemon
4) Jus buah
5) Makanan berminyak/bergoreng/bersantan/berlemak tinggi
6) Air berkarbonat
7) Makanan pedas
Jika sudah terkena gastrik, apa makanan yang boleh membantu?
1. Apple sauce - mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.
2. Kentang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.
3. Yogurt tanpa gula - membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau
buah lain yang sesuai.
Selalunya simptom akan hilang dalam 24-48 jam selepas anda mula mengambil makanan lembut.
Jika simptom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.

Sumber : MOHD KHAIRUL AZUAN
DIETITIAN PPUM