Suruhanjaya dan Komunikasi Multimedia (SKMM) telah memperkenalkan program perlaksanaan 5G di Malaysia. Ia menampilkan pelan masa jangka panjang dalam menaik taraf sistem perhubungan dan teknologi di negara ini.
Kerajaan bersama sejumlah sektor awam dan swasta telah berganding bahu untuk memperluaskan teknologi rangkaian 5G di negara ini serta mensasarkan 5G bakal dinikmati dalam tempoh tiga tahun lagi. Dengan kelajuan yang tinggi, pengguna dapat menikmati kadar muat turun yang sangat pantas terutama melibatkan fail yang besar.
Pelaksanaan 5G di Malaysia bukan sekadar kelajuan data yang tinggi dan keupayaan jaringan yang meluas, malah ia akan menghubungkan berjuta-juta peranti, membina perkhidmatan baharu, dan menyokong penggunaan aplikasi secara meluas.

Boleh share dalam grup Info ya.