Alhamdulillah, akhirnya bengkel knowledge management sesi 1 telah berjaya dilaksanakan pada 4&5 Okt 2019 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Banyak input yang diperoleh melalui sesi yang berlangsung selama satu hari setengah ini. Semoga para pejuang/champion KM IKM dapat manfaat daripada sesi perkongsian oleh penceramah seterusnya dapat mengadaptasikan budaya KM dalam IKM seperti JKR yang telah berjaya membudayakan KM dalam proses kerja mereka. Sekali lagi, terima kasih kepada pengurusan IKM dan urus setia KM kerana berjaya melaksanakan program yang sangat bermanfaat ini.

Semoga bengkel knowledge management seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih komprehensif. Terima kasih di atas penganjuran bengkel KM. Bersama-sama kita membudayakan KM dalam tugasan seharian kita.
terbaiklah