Benar. Sejajar dengan perubahan nama MKM ke Institut Koperasi Malaysia, beberapa program diperkenalkan bagi menjenamakan semula institusi ini. Salah satu yang kini menjadi agenda utama Institut Koperasi Malaysia ialah Program MiRiCLe.
Apa itu Program MiRiCLe? Ia mengambil sempena singkatan kepada Million Ringgit Co-op League atau Liga Koperasi Jutaan Ringgit. Program ini disusun bagi membantu meningkatkan kemajuan koperasi dari aspek pengurusan dan pendapatan. Penyertaannya terbuka kepada dua kategori iaitu koperasi kecil yang berpendapatan kurang RM 1 juta dan kategori koperasi sederhana yang memenuhi beberapa kriteria dan syarat. Namun untuk peringkat awal ini memandangkan program ini sangat baharu diperkenalkan, maka 200 koperasi dari semua zon dipilih. Koperasi yang terpilih akan dibantu mengenalpasti jurang pencapaian perolehan agar dapat melonjakkan pendapatan sedia ada. Dengan syarat, ALK mestilah berminat dan komited serta sedang menjalankan atau mempunyai idea perniagaan yang berpotensi.
MiRiCLe is a 'delta game'. Lonjakkan pendapatan koperasi jika tidak kepada nilai jutaan Ringgit Malaysia sekali pun, peratus sasaran peningkatan akan dinilai. Di dalam liga ini, koperasi bukan bersaing sesama sendiri tetapi berjuang meninggalkan kedudukan semasa masing-masing bagi berada pada tahap yang lebih memberi manfaat sosioekonomi kepada anggotanya serta menyumbang kepada ekonomi negara.
Justeru kini, MiRiCLe perlu menjadi fokus kerja utama seluruh warga cemerlang Institut Koperasi Malaysia. Semak peranan anda, bagaimana anda boleh menyumbang?