Telinga saya sedang mengalami sedikit masalah. Terkena jangkitan tetapi tidak terasa sakit. Telinga rasa seperti sentiasa berdengung dan telah lama sebenarnya saya mengalaminya. Semalam berjumpa doktor dan saya kongsikan antara pesanan dan nasihat doktor.
1. Apa punca sakit telinga?
2. Adakah kita buat sesuatu pada lubang telinga seperti mengoreknya?
3. Kenapa perlu mengorek lubang telinga?
4. Alat apa digunakan untuk mengorek telinga?
Pertama sekali sakit apapun kena tahu punca. Memang saya mengorek telinga kerana terasa telinga kotor, mahu membersihkan tahi telinga dan menggunakan putik kapas.
Doktor maklumkan bahawa kita tidak perlu mengorek telinga kerana tahi telinga biasanya berkumpul di bahagian 'outer' telinga dan bergerak sendiri secara perlahan-lahan ke arah lubang telinga dan terkeluar (dibantu oleh satu cecair dari dinding lubang telinga yang hanya ada di kawasan 'outer' ini, maaf doktor ada sebut nama cecair ini tetapi saya lupa nama saintifiknya!). Oleh itu pencucian yang berkala adalah tidak perlu. Penggunaan putik kapas tidak membantu kerana biasanya ia akan menolak tahi telinga lebih ke dalam, akhirnya membawa mudarat. Oleh kerana saluran telinga sempit di bahagian 'inner' dan cecair dari dinding lubang telinga tidak wujud di bahagian ini, maka tahi telinga membentuk plak yang tidak boleh keluar dengan sendiri dan inilah yang menyebabkan berlakunya jangkitan.
Bahagian 'inner' telinga saya membengkak menyebabkan doktor tidak dapat melihat gegendang telinga saya. Itulah yang menyebabkan saya sentiasa rasa berdengung di telinga. Moral of the story - putik kapas adalah kapas yang telah dimampatkan maka ia telah menjadi suatu alat yang kasar bukan membersihkan telinga tetapi lebih memudaratkan telinga saya. Bagaimanapun, doktor pesan sapu tangan, atau tisu atau kain lembut boleh digunakan untuk menyapu dengan perlahan pada pintu lubang telinga.
Harap bermanfaat!