Korang tau kan account is about Double Entry (Catatan Bergu).
One for Debit, Another one must be for Kredit.
Dah Kenal BAHEL tapi masih pening mana satu debit mana satu kredit?? Hmmm.
Maybe segelintir dari korang akan set kat kepala, DEBIT is for duit MASUK, KREDIT is for duit KELUAR.
Benda ni betul tapi salah. Haaa Camna tu? Jawapannnya, TIDAK SEMESTINYA. Okey lets see this!

Jadual dalam gambar kat atas menunjukkkan, BA HEL dibahagi kepada dua geng.
Geng BA dan Geng HEL.
Untuk Geng BA, sebarang pertambahan atau peningkatan kepada Belanja dan Aset, Amaun tersebut perlu letak bahagian DEBIT. sekiranya berlaku pengurangan, letak bahagian KREDIT.
Untk Geng HEL, sebarang pertambahan atau peningkatan kepada Hasil, Ekuiti dan Liabiliti, Amaun tersebut perlu letak bahagian KREDIT. sekiranya berlaku pengurangan, letak bahagian DEBIT.
Contoh;
Anggota menyumbang RM30 tunai (Aset) sebagai bayaran duit Fee masuk (Hasil) ke dalam Koperasi.
Dalam Kes ni, Tunai (Aset) Koperasi Bertambah, so DEBIT.
Fee Masuk (Hasil) Koperasi pun Bertambah, so KREDIT.
DEBIT TUNAI RM30
KREDIT FEE MASUK RM30
Kesimpulannya, dalam apa sahaja transaksi,makesure, satu akaun DEBIT, satu lagi MESTI KREDIT.
Takboleh dua2 debit, dua2 kredit!
Okey Tata.