Korang kenal BAHEL?
B BELANJA - Kos yang dikeluarkan ( Bayar gaji, bil utiliti, elaun )
A ASET - Harta kita (Duit, Kete, Rumah, Penghutang, Tanah, Bangunan)
H HASIL - Pendapatan daripada bisnes jualan atau perkhidmatan ( Jualan buku, Jualan Runcit)
E Ekuiti - Modal pemilik atau hutang dengan pemilik (Modal syer, Modal Yuran)
L LIABILITI- Hutang atau beban tanggungan pada orang luar (Pinjaman, Pemiutang)
So setiap hari, setiap bulan, setiap tahun akan ada pebagai transaksi duit keluar masuk dalam perniagaan kita kan?
Bila tnya berapa banyak transaksi, apa nak jawab?
Bisnes sy mungkin ada 10 transaksi je seminggu.
Bisnes awak mungkin ada 100 transaksi seminggu.
TAPI, BASICTHING yang awak kena tahu adalah,,
Daripada puluhan transaksi atau ratusan transaksi atau ribuan transaski,
ia hanya dikelaskan kepada 5 KELAS SAHAJA!!
Berapa??? YES 5 KELAS. BOLEH KURANG tapi TAK BOLEH LEBIH 5.
Cth1; Harini dapat duit dari Jualan Buku Dimensi IKMa RM50.
Jualan buku ini akan dikategorikan sebagai KELAS HASIL.
Cth2; Semalam buat bayaran Internet sebanyak RM500 di TM sebab wifi di IKMa sangkut2 (TIBERK).
Bayaran Internet akan dikategorikan sebagai KELAS BELANJA.
Cth3: Membeli kereta Toyota bernilai RM100,000 bagi kegunaan perniagaan.
Belian Kenderaan akan dikategorikan sebagai KELAS ASET.
So datangla apa pun transaksi , awak kena tahu dia dok kelas mana. sebab layanan debit kredit berbeza mengikut kelas urusniaga. Nak tahu siapa kredit siapa debit, kita akan tgk HUKUM CATATAN BERGU nextstatus. Ingat ALAM jeke ada HUKUM ALAM? akaun pun ade tauuuuu.