Apa yang anda cari dalam menyelusuri pelayaran pekerjaan anda?
1. Gaji yang menarik?
2. Tugasan yang menyeronokkan?
3. Kenaikkan pangkat?
4. Suasana kerja yang menenangkan?
5. Rakan sekerja yang sekepala?
6. Ketua yang baik hati?
7. Organisasi/majikan ternama?
Yang mana satukah menjadi keutamaan anda?
Adakah jika anda mencapai persoalan-persoalan tersebut anda akan berpuas hati?
Adakah anda akan setia dengan pekerjaan tersebut?
Adakah anda akan berasa anda telah berjaya?
Bagaimana jika anda tidak dapat mencapai persoalan-persoalan tersebut?
Adakah anda rasa anda telah gagal?
Adakah anda rasa anda patut meninggalkan pekerjaan tersebut?
Walaupun sepanjang berkhidmat anda telah ...
1. Belajar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan menghormati orang lain;
2. Membina diri sebagai individu yang proaktif, sentiasa mahu melaksanakan lebih daripada apa yang telah ditetapkan;
3. Berjaya menimba pengalaman dan membentuk kemahiran-kemahiran baharu secara teknikal mahupun interpersonal;
4. Mempositifkan diri dan dapat menangani tekanan dengan berhemah; serta
5. Mendapat pengiktirafan atas sikap yang komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.
Adakah anda tetap masih tidak berpuas hati, rasa gagal dan mahu meninggalkan pekerjaan anda?
Kejayaan adalah suatu perjalanan, bukan destinasi.
Wallahualam.