top of page

Forum Posts

haslinda
Sep 24, 2021
In Academic Discussion
Saya difahamkan koperasi tidak boleh menangguhkan lagi MAT untuk tahun 2021. Alternatifnya koperasi perlu adakan secara dalam talian. Siaran media SKM membenarkan penangguhan sehingga 31 Disember 2020 yang lalu sahaja. Jika saya silap, mohon perbetulkan.
1
0
9
haslinda
Sep 19, 2019
In Sembang Santai @myKM
Telinga saya sedang mengalami sedikit masalah. Terkena jangkitan tetapi tidak terasa sakit. Telinga rasa seperti sentiasa berdengung dan telah lama sebenarnya saya mengalaminya. Semalam berjumpa doktor dan saya kongsikan antara pesanan dan nasihat doktor. 1. Apa punca sakit telinga? 2. Adakah kita buat sesuatu pada lubang telinga seperti mengoreknya? 3. Kenapa perlu mengorek lubang telinga? 4. Alat apa digunakan untuk mengorek telinga? Pertama sekali sakit apapun kena tahu punca. Memang saya mengorek telinga kerana terasa telinga kotor, mahu membersihkan tahi telinga dan menggunakan putik kapas. Doktor maklumkan bahawa kita tidak perlu mengorek telinga kerana tahi telinga biasanya berkumpul di bahagian 'outer' telinga dan bergerak sendiri secara perlahan-lahan ke arah lubang telinga dan terkeluar (dibantu oleh satu cecair dari dinding lubang telinga yang hanya ada di kawasan 'outer' ini, maaf doktor ada sebut nama cecair ini tetapi saya lupa nama saintifiknya!). Oleh itu pencucian yang berkala adalah tidak perlu. Penggunaan putik kapas tidak membantu kerana biasanya ia akan menolak tahi telinga lebih ke dalam, akhirnya membawa mudarat. Oleh kerana saluran telinga sempit di bahagian 'inner' dan cecair dari dinding lubang telinga tidak wujud di bahagian ini, maka tahi telinga membentuk plak yang tidak boleh keluar dengan sendiri dan inilah yang menyebabkan berlakunya jangkitan. Bahagian 'inner' telinga saya membengkak menyebabkan doktor tidak dapat melihat gegendang telinga saya. Itulah yang menyebabkan saya sentiasa rasa berdengung di telinga. Moral of the story - putik kapas adalah kapas yang telah dimampatkan maka ia telah menjadi suatu alat yang kasar bukan membersihkan telinga tetapi lebih memudaratkan telinga saya. Bagaimanapun, doktor pesan sapu tangan, atau tisu atau kain lembut boleh digunakan untuk menyapu dengan perlahan pada pintu lubang telinga. Harap bermanfaat!
1
0
10
haslinda
Sep 03, 2019
In Sembang Santai @myKM
Apa yang anda cari dalam menyelusuri pelayaran pekerjaan anda? 1. Gaji yang menarik? 2. Tugasan yang menyeronokkan? 3. Kenaikkan pangkat? 4. Suasana kerja yang menenangkan? 5. Rakan sekerja yang sekepala? 6. Ketua yang baik hati? 7. Organisasi/majikan ternama? Yang mana satukah menjadi keutamaan anda? Adakah jika anda mencapai persoalan-persoalan tersebut anda akan berpuas hati? Adakah anda akan setia dengan pekerjaan tersebut? Adakah anda akan berasa anda telah berjaya? Bagaimana jika anda tidak dapat mencapai persoalan-persoalan tersebut? Adakah anda rasa anda telah gagal? Adakah anda rasa anda patut meninggalkan pekerjaan tersebut? Walaupun sepanjang berkhidmat anda telah ... 1. Belajar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan menghormati orang lain; 2. Membina diri sebagai individu yang proaktif, sentiasa mahu melaksanakan lebih daripada apa yang telah ditetapkan; 3. Berjaya menimba pengalaman dan membentuk kemahiran-kemahiran baharu secara teknikal mahupun interpersonal; 4. Mempositifkan diri dan dapat menangani tekanan dengan berhemah; serta 5. Mendapat pengiktirafan atas sikap yang komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas. Adakah anda tetap masih tidak berpuas hati, rasa gagal dan mahu meninggalkan pekerjaan anda? Kejayaan adalah suatu perjalanan, bukan destinasi. Wallahualam.
2
0
9
haslinda
May 29, 2019
In Sembang Santai @myKM
Tiada salahnya jika kita mahu anak kita berjaya dalam apa jua yang diceburinya, tetapi jangan biarkan kejayaan dicapai dengan mengenepikan sikap yang bernilai. Amat mudah untuk kita menunjuk-nunjuk tentang kaliber seseorang, tetapi apa yang sebenarnya lebih penting adalah karakter seseorang itu. Kita tahu banyak orang yang mempunyai kemahiran, kekuatan dan kelayakan, tetapi mereka berdepan dengan kesukaran membina perhubungan yang bermakna dengan orang sekeliling. Membandingkan pencapaian anak-anak tidak akan menambah baik hubungan kita dengan mereka. Memang penting untuk anak-anak mempunyai akademik yang cemerlang tetapi lebih penting untuk mereka mempunyai sahsiah diri yang terpuji. Memang penting untuk mereka memiliki keupayaan intelektual, tetapi hari ini yang lebih bernilai dalam kehidupan adalah mempunyai kecerdasan emosi. Nilai keibubapaan kita bukan didefinisikan sebagai berapa yang ada dalam akaun bank anak-anak kita. Keibubapaan kita juga tidak dinilai dengan berapa skor ujian yang mereka perolehi di sekolah. Kejayaan ibu bapa bukan berdasarkan kepada jenis kereta yang akan mereka pandu nanti. Masa depan kita bukan berasaskan bagaimana orang lain melihat mereka. Walaupun orang lain fikir anak kita sempurna pencapaiannya, ia tidak akan memberi apa-apa makna kepada kehidupan kita. Ia hanya mungkin menggalakkan rasa sedikit riak atau membuatkan kita rasa ego atau yakin untuk seketika. Fikirkan. Jika di masa depan anak-anak tidak memiliki gaji besar, kemasyhuran dan kuasa, adakah kita akan tetap gembira dengan siapa anak kita? Adakah kita tetap akan bersyukur dengan kemenjadian mereka? Sebenarnya, apa yang lebih utama adalah hubungan yang kita ada dengan anak-anak. Mungkin kita tidak rasa itu penting sekarang ini. Tunggu. Apabila kita semakin dimamah usia nanti, masa itu baru kita akan sedar. Wallahualam.
3
0
9
haslinda
May 21, 2019
In Sembang Santai @myKM
Benar. Sejajar dengan perubahan nama MKM ke Institut Koperasi Malaysia, beberapa program diperkenalkan bagi menjenamakan semula institusi ini. Salah satu yang kini menjadi agenda utama Institut Koperasi Malaysia ialah Program MiRiCLe. Apa itu Program MiRiCLe? Ia mengambil sempena singkatan kepada Million Ringgit Co-op League atau Liga Koperasi Jutaan Ringgit. Program ini disusun bagi membantu meningkatkan kemajuan koperasi dari aspek pengurusan dan pendapatan. Penyertaannya terbuka kepada dua kategori iaitu koperasi kecil yang berpendapatan kurang RM 1 juta dan kategori koperasi sederhana yang memenuhi beberapa kriteria dan syarat. Namun untuk peringkat awal ini memandangkan program ini sangat baharu diperkenalkan, maka 200 koperasi dari semua zon dipilih. Koperasi yang terpilih akan dibantu mengenalpasti jurang pencapaian perolehan agar dapat melonjakkan pendapatan sedia ada. Dengan syarat, ALK mestilah berminat dan komited serta sedang menjalankan atau mempunyai idea perniagaan yang berpotensi. MiRiCLe is a 'delta game'. Lonjakkan pendapatan koperasi jika tidak kepada nilai jutaan Ringgit Malaysia sekali pun, peratus sasaran peningkatan akan dinilai. Di dalam liga ini, koperasi bukan bersaing sesama sendiri tetapi berjuang meninggalkan kedudukan semasa masing-masing bagi berada pada tahap yang lebih memberi manfaat sosioekonomi kepada anggotanya serta menyumbang kepada ekonomi negara. Justeru kini, MiRiCLe perlu menjadi fokus kerja utama seluruh warga cemerlang Institut Koperasi Malaysia. Semak peranan anda, bagaimana anda boleh menyumbang?
2
0
17

haslinda

More actions
bottom of page